Terbongkar! “Saya Pernah Tanya DIA(PM), Kenapa buat GST…? Nanti Rakyat marah..Tapi, Dia Jawab…”- Datin Seri Rosmah Mansor



KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) diberi penghormatan menjadi tetamu pertama bagi program 'Langit Biru' ketika mengadakan lawatan ke Wisma Bernama hari ini. Program 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dikendalikan oleh Wan Syahrina (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (kiri) sebagai peneraju bersama. Langit Biru bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat.



Kata Rosmah, beliau pernah bertanya kepada Datuk Seri Najib Razak kenapa mahu melaksanakan GST, kerana ia boleh mengundangkan kemarahan rakyat.

Namun jelas suaminya, keputusan untuk melaksanakan cukai tersebut adalah bersebab dan demi kebaikan rakyat dan negara.



“(Perdana menteri) buat sesuatu itu kerana ada sebab … nasib baik kita ada GST, dengan harga minyak jatuh, dan (kalau) kita tak ada GST lagi susah.

“Saya pernah tanya kenapa buat GST… orang marah. Dia (Najib) kata ‘I want to be a responsible leader to my people and country. I do not want to be a populist leader’
(Saya mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara saya. Saya tidak mahu menjadi pemimpin populis),” katanya dipetik Bernama dalam temu bual menerusi program bual bicara ‘Langit Biru’ terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara di Wisma Bernama, semalam.

Rosmah berkata demikian sebagai memberi contoh antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu rakyat ketika ditanya bagaimana presiden UMNO itu menzahirkan semangat patriotismenya.

Jelas Rosmah, Perdana Menteri sentiasa berhempas pulas untuk membangunkan negara dan beliau tidak pernah berhenti berfikir tentang apa lagi yang mahu dilakukan supaya rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

“Bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur datang, (beliau) sentiasa memikirkan kebaikan dan kesenangan rakyat,” katanya lagi.
Program ‘Langit Biru’ yang pertama kali bersiaran semalam dikendalikan oleh Wan Syahrina Abd Rahman bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.



Rosmah yang juga Pengerusi Yayasan PERMATA merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam di Bernama Radio.

Dalam program tersebut juga, Rosmah turut menyifatkan suaminya seorang yang begitu penyabar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin.

 

“Orang ramai dapat perhatikan beliau seorang yang betul-betul penyabar. Saya hairan bagaimana beliau boleh sabar.

“Tetapi dia kata ‘don’t cross the line’ (jangan melampaui batas),” katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    ReplyDelete