30 January 2017

KANSER USUS: WAFA ABDUL KADIR MAKIN STABIL, SEDANG BEREHAT DI RUMAH



Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 51, dikatakan makin stabil setelah dikhabarkan tidak sihat selepas tersebar berita di laman sosial mengenai dirinya yang menjalani rawatan barah usus.

Menerusi laporan Berita Harian, sumber memberitahu bahawa keadaan Wafa sudah stabil dan sedang berehat di rumah.

"Minta maaf sangat, dia perlu berehat dulu. Biar dia sendiri yang beritahu (mengenai penyakit yang dihidapi). "Akan tetapi untuk makluman semua, keadaannya sudah stabil. Wafa sedang berehat di rumah.

Klik untuk gambar besar




"Berikan dia sehari dua untuk berehat, Insya-Allah dia akan menjelaskan sakitnya itu," ujar sumber yang enggan mengulas lanjut.

Berita mengenai kesihatan Wafa tidak stabil tersebar selepas beberapa selebriti memuatnaik status di laman sosial mendoakan aktres itu segera sembuh.

Melalui perkongsian pelakon Fauziah Nawi di laman Instagram, Fauziah menjelaskan dia mendapat kiriman daripada kumpulan WhatsApp lain mengenai situasi terkini Wafa.

Pelakon Sheila Mambo pula berkongsi maklumat Wafa sudah pulang ke rumah selepas menjalani rawatan kimoterapi.

"Wafa dikhabarkan pulang ke rumah untuk berehat selepas menjalani kimoterapi. Wafa akan kembali menjalani rawatan selepas sambutan Tahun Baru Cina," kata Sheila.

Pada tahun 2014, Wafa pernah menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang leher kesan akibat kemalangan pada 2012.

Wafa yang dikenali melalui filem seperti Azizah The Legend dan drama Gerak Khas adalah isteri kepada jurutera, Tajul Tamimuddin.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: