fbpx

5 Sebab Star Wars: The Last Jedi Akan Pecah Panggung

Bagi peminat setia filem Star Wars, mana mungkin filem terbaru Star Wars: The Last Jedi ini akan dibiarkan begitu saja. Bakal merungkai pelbagai rahsia dan persoalan, tidak mustahil filem ini akan mencipta sejarah sendiri di dalam dunia perfileman antarabangsa.

Filem kelapan daripada francais ‘Star Wars’ ini merupakan kesinambungan dari filem Star Wars: The Force Awakens pada tahun 2015 yang penah menghantui penonton dengan aksi pengembaraan mereka yang tidak dijangka.

Kami kongsikan dengan anda beberapa sebab orang ramai tidak sabar untuk menonton filem Star Wars: The Last Jedi ini.

1. Dibintangi Barisan Pelakon Yang Hebat

Kekuatan filem ini semestinya terletak pada barisan pelakon yang terbukti menghayati watak dalam filem dengan begitu hebat sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.

Filem ini dibintangi oleh Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie, Kelly Marie Tran, Laura Dern and Benicio Del Toro.

2. Dunia Fantasi Yang Menarik

Tidak dapat dinafikan filem arahan Rian Johnson ini akan menampilkan dunia fantasi yang akan membuatkan penonton tidak jemu dengan sentuhan teknik-teknik menarik untuk menghidupkan para pelakon di dunia galaksi mereka.

Senang cerita penonton dapat melihat sendiri kehidupan di alam galaksi yang berbeza dengan dunia nyata menerusi filem ini.

3. Lokasi Filem Yang Indah

Kali ini penonton bukan sahaja melihat para pelakon kesayangan anda di alam galaksi namun anda juga akan dapat melihat sebuah pulau yang sangat cantik ketika Rey mengambil langkah untuk memgembangkan kebolehannya di bawah bimbingan Luke Skywalker.

4. Merungkai Rahsia

Menerusi filem penonton akan dapat melihat para pelakon filem Star Wars: The Last Jedi menempuh penggembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.

5. Poster Merah Menanti Anda

Jika anda lihat sahaja pada poster Star Wars: The Last Jedi ini tentu anda tidak sabar untuk melihat sendiri jalan ceritanya yang penuh dengan pengembaraan dan aksi luar biasa.

Percayalah, jika anda tonton filem ini bersama dengan peminat tegar, memang terusik emosi. Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Star Wars: The Last Jedi ini di pawagam berhampiran anda!