23 January 2017

RUMAH TANGGA HANEZ SURAYA BAKAL TEMUI NOKTAH?



Tiada hujan tiada ribut, tiba-tiba timbul berita yang mengatakan rumah tangga pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha bakal menemui noktah.

Ini kerana melalui satu perkongsian gambar di forum CARI, nama Hanez Suraya didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Klik untuk gambar besar




Perkara ini sekaligus memberi kejutan kepada orang ramai kerana keluarga ini dilihat sentiasa ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Putri Aleesya yang kini berusia setahun.

Menurut laman web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes Mal merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Apa pun, jika sudah bersedia pastinya Hanez akan berkongsi kisah sebenar yang melanda dirinya.




Sumber & foto: Rotikaya & forum CARI



         ________________________





No comments: