21 January 2017

KEHILANGAN SUARA - ANUAR ZAIN BATAL KONSERT DISAAT AKHIR



"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia satu keputusan yang amat sukar dilakukan.

"Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya," demikian kata penyanyi Anuar Zain yang terpaksa membatalkan persembahannya pada 'Konsert Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You' yang dijadualkan berlangsung malam ini di Panggung Anniversari, Taman Tasik di Perdana.

Klik untuk gambar besar




Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 47, yang dijadualkan membuat persembahan solo sulung bersama Yonder Music dengan mendendangkan 14 lagu popularnya itu terpaksa akur dengan nasihat doktor yang memerlukan beliau berehat kerana kehilangan suara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, turut melahirkan rasa kesal atas pembatalan konsert itu pada saat akhir.



"Pihak kami difahamkan Anuar telah kehilangan suaranya pada hari ini (Jumaat) dan dinasihatkan agar tidak meneruskan konsert seperti yang direncanakan.

"Biarpun ia amat mendukacitakan pihak kami dan peminat, namun kami perlu mengutamakan kesihatan beliau. Semoga beliau cepat sembuh. Beliau sememangnya seorang yang Hear Forever dalam hati kami semua," ujar Adam dipetik sebagai berkata.

Menurut kenyataan itu, segala informasi terkini terutama mengenai tiket akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: