fbpx

Zain Saidin Terus Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi

Walaupun sebelum ini Rozita Che Wan pernah menolak untuk menambah cahaya mata lagi biarpun suaminya, Zain Saidin ingin menimang cahaya mata kedua, namun Zain nampaknya masih belum berputus asa untuk memujuk isterinya itu. Dalam masa yang sama, Zain berharap kunjungannnya ke Mekah nanti akan memakbulkan keinginannya itu.

BACA: “Memang Che Ta Banyak Bantu Soal Kewangan”

“Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini. Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi,” jelasnya kepada m Star Online berhubung dengan perkara terbabit.

Sebelum ini Che Ta pernah memaklumkan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk hamil, pun begitu suaminya ada meminta dirinya untuk hamil lagi. Menurutnya, pada usianya kini yang sudah mencecah 44 tahun, beliau ingin lebih memberikan fokus kepada perkembangan anak-anak.

Dalam perkembangan lain, Che Ta sekeluarga juga sedang hangat terlibat dalam sebuah program realiti yang memaparkan kisah kehidupan peribadi mereka sekeluarga termasuk melihat telatah comel anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Pelakon itu juga mengakui, faktor bayaran merupakan sebab utama beliau menerima tawaran tersebut. Pasti tinggi bayaran itu kan! (rkty/w)