11 December 2016

ADI PUTRA AKUI BERDEBAR TUNGGU KELAHIRAN ANAK



Pelakon Adi Putra yang akhirnya membuka mulut mengenai kehamilan isteri keduanya itu berasa teruja dan berdebar menantikan cahaya mata pertama mereka sejak berkahwin pada pertengahan Jun lalu.

Pada awal September lalu, ada khabar mengatakan isteri kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, kini sedang hamil namun bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripadanya sendiri.





"Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui kebanyakan orang," kata Adi yang turut bersyukur kerana impian untuk menimang anak sendiri bakal terlaksana pada tahun hadapan.

Ditanya lanjut mengenai usia kehamilan isteri keduanya yang bernama Norshahida Zolkifly, Adi hanya menjawab "Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi".

Sebelum ini Adi dan Norshahida dilaporkan telah berkahwin secara rahsia pada 20 Jun lalu di satu lokasi dalam negara.


ADI PUTRA BERSAMA ISTERI PERTAMA & ANAK ANGKATNYA



--- IKLAN ---




Ditanya mengenai persiapan dalam menerima kehadiran orang baharu, kata pelakon kelahiran Singapura itu bahawa dia dan isteri belum membuat sebarang persiapan.

"Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru. Soal persiapan buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja," ujar Adi yang ditemui di set penggambaran filem terbaharunya 'Makrifat Cinta' di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Adi dan isteri pertamanya Aida Yusof, 41, yang berkahwin pada 14 April 2006 turut mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia Haadi yang kini berusia empat tahun.


Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Instagram Adi Putra



         ________________________





No comments: