Sedih! Bayi Usia 4 Bulan Baru Pandai Meniarap Maut Dalam Buaian Tersembam Bantal


Ibu bapa yang mempunyai anak kecil sila ambil perhatian kes ini. Seorang bayi lelaki maut selepas mukanya tersembam bantal ketika sedang tidur di dalam buaian di rumahnya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 

Ketika kejadian, ibunya Melati Mohammad yang bekerja di kilang baru sahaja pulang kira-kira jam 7.30 pagi. Dia amat terkejut melihat anaknya yang baru berusia 4 bulan tertiarap dengan mukanya tersembam dalam bantal.

Menurut ibunya lagi, anaknya, Faris Dayyan Qhumainy, sudah tidak sedarkan diri dan dalam keadaan pucat ketika ditemui dan beliau dengan segera membawanya anaknya itu ke Hospital Balik Pulau. 

Namun, doktor telah mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia. Tambah ibunya lagi, anaknya itu baru sahaja boleh meniarap sejak tiga hari lalu. Jenazah Faris akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat dilakukan. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close