02 January 2017

"ADI KAHWINI SAYA BUKAN KERANA SOAL ZURIAT" - ISTERI KEDUA



Masih ada juga yang tidak berpuas hati dan mencetuskan spekulasi, walaupun isteri kedua Adi Putra, Norshahida tampil memberikan penjelasan mengenai tuduhan rumah tangganya sedang bergolak dan mengenai kegugurannya.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.





"Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya," jelasnya.

Norshahida dalam pada itu sempat berkongsi saat Adi melamar beliau untuk menjadi isteri. Menurut Norshahida, perkahwinan mereka berlangsung pada 20 Jun lalu di kediaman beliau yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

"Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.




--- IKLAN ---




"Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan," kongsinya.

Apa yang sudah berlaku sudah ditentukan oleh takdir dan jodoh. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.


Sumber: Berita Harian & Beautifulnara



         ________________________





No comments: