23 November 2016

LAKON BABAK AKSI - TULANG BAHU KIRI SYAMSUL YUSOF PATAH & RETAK



Malang tak berbau!

Demikian halnya dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof yang terbabit dalam kemalangan ketika menjayakan babak aksi filem 'Makrifat Cinta'. Akibat kemalangan tersebut, tulang bahu kiri Syamsul telah mengalami patah serta retak.

Kata Syamsul, kejadian kelmarin menyebabkannya terpaksa berehat seketika dan membuat pemeriksaan lanjut di hospital, semalam.





"Kejadian ini berlaku di set penggambaran filem 'Makrifat Cinta'. Saya melakukan babak aksi sendiri tanpa menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri.

"Dalam babak saya perlu melompat selepas kereta meletup. Namun, saya melakukan kesilapan dan mengalami kecederaan ini," katanya.

Tambah Syamsul yang juga pengarah filem 'Munafik', dia sebelum ini pernah melakukan aksi yang lebih merbahaya namun ini merupakan pengalaman pertamanya cedera ketika melakukan babak aksi.



"Sebelum ini, saya pernah melakukan aksi yang lebih merbahaya tetapi tak berlaku apa-apa. Tak sangka pula kali ini berlaku kemalangan. Saya anggap ini ujian.

"Isteri saya yang kini hamil terkejut dan sangat risau sehingga melarang saya meneruskan penggambaran. Seboleh-bolehnya, dia mahu saya berehat dahulu sehingga benar-benar pulih," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Pun begitu, berikutan tuntutan kerja dan tanggungjawab Syamsul memilih meneruskan penggambaran hari ini.

"Saya diberi cuti sehari dan esok akan kembali ke set. Mujur babak esok memerlukan saya memakai anduh kerana cedera dalam babak itu dan tak sangka pula ia benar-benar berlaku," jelansya

Selain Syamsul, filem arahan Kamal G itu turut membariskan ramai bintang terkenal termasuklah Nora Danish dan Nabila Huda.



Sumber: Harian Metro
Foto: Syamsul Yusof IG

         ________________________





No comments: