Carian
Trailer Terkini Ace Combat 7 Menunjukkan Peningkatan Kualiti Grafik
December 4, 2016 Effi Saharudin

Masa untuk melakukan pengakuan terbuka. Kami peminat tegar siri Ace Combat. Permainan keluaran Bandai Namco ini terkenal dengan permainan penuh aksi dengan kualiti grafik yang tinggi. Bagi peminat teknologi pesawat pejuang, Ace Combat membenarkan anda menerbangkan pesawat eksotik seperti Sukhoi S-47 Berkut dan pesawat fantasi  XFA-27. Trailer terkini untuk Ace Combat 7 diperlihatkan pagi tadi dan menunjukkan peningkatan kualiti grafik.

Pesawat dan pemandangan dari dalam kokpit nampak lebih terperinci lengkap dengan kesan percikan air apabila terbang di dalam hujan. Trailer ini juga menunjukkan lebih banyak pesawat berbanding trailer pendek yang dihasilkan tahun lalu. Ia menegaskan sekali lagi bahawa AC7 akan menyokong penggunaan PlayStation VR. Permainan ini disahkan akan hadir 2017.

Komen