12 November 2016

LISA SAH HAMIL - YAHAIRA LEANE BAKAL DAPAT ADIK



Pejam celik... Yahaira Leane dah besar dah rupanya dan bakal jadi kakak tidak lama lagi apabila ibunya, Lisa Surihani kini sedang hamil.

Berita kehamilan kedua Lisa ini dikongsikan oleh Yusry Abdul Halim (Yusry KRU), 42, di laman Instagram.





Melalui perkongsian itu, Yusry memberitahu bahawa usia kandungan isterinya itu kini sudah memasuki trimester kedua disamping menyatakan rasa syukur dan juga teruja untuk menyambut kehadiran insan baru. Malah Yusry juga sempat menyatakan harapan buat anak pertama mereka, Yahaira Leanne agar menjadi seorang kakak yang penyayang.

"Alhamdulillah... I am so grateful to have these 2 loves of my life. In shaa Allah, next year our little family will be four. Mummy Sayang Lisa Surihani, I am sure you are as excited as I am... I am thankful to be going through this journey with you again and as you embark on your second trimester, I hope and pray that all will be well Yahaira sayang, hope you will be a loving kakak to your adik nanti ya," tulis Yusry.



Berita gembira tersebut ternyata memberi kejutan kepada peminat mereka malah dalam masa yang sama, pasangan ini turut menerima ucapan tahniah tidak henti henti selain ada yang sudah tidak sabar menanti kehadiran adik Yahaira.

Apa pun, semoga segala persiapan mereka berjalan lancar. Selain itu, peminat juga turut mendoakan agar kesihatan Lisa, 29, sentiasa dalam keadaan baik sepanjang dalam tempoh hamil.

Untuk makluman, puteri sulung pasangan ini yang bernikah pada 23 Februari 2012 dilahirkan pada 15 September 2015.


Sumber & foto: Yusry KRU



         ________________________





No comments: