19 November 2016

DIRA ABU ZAHAR SAHKAN SUDAH BERCERAI DENGAN HELMI



Pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dira Abu Zahar, 32, mengakui bahawa dirinya itu kini sudah tidak lagi menjadi isteri kepada Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 38, apabila mereka berdua sah bercerai.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini dikatakan mempunyai krisis, namun Dira yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan tiada apa yang berlaku.





Bagaimanapun, agak mengejutkan selepas beberapa bulan, semalam Dira tampil mengakui rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi," kata Dira yang tidak mahu mengulas lebih lannjut.

Anaknya di bawah jagaannya dan Dira juga tidak menghalang seandainya bekas suaminya mahu berjumpa dengan anak tirinya itu.



Untuk info, Dira sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Ash anggota kumpulan Bau pada tahun 2007 dan bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu Dira dikurniakan seorang zuriat bernama Anggun.

Selepas itu barulah Dira bernikah pula dengan Helmi pada tahun 2011 dan tidak dikurniakan anak.

Semoga apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini.


Sumber: Media Hiburan
Foto: Dira Abu Zahar IG



         ________________________





No comments: