21 November 2016

KUASA IMUNITI BAWA GMIE SCREEN KE SEPARUH AKHIR GV3



Malam semalam di konsert minggu kelima Gegar Vaganza 3 (GV3) telah menyaksikan dua peserta diumumkan tersingkir iaitu Gmie Screen dan Zur Eda.

Bagaimanapun, Gmie bernasib baik apabila penaja GV3, Datuk Seri Vida telah menggunakan kuasa imunitinya itu sehingga melayakkan Gmie untuk beraksi di separuh akhir GV3.





Pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu, Gmie menyampikan lagu 'Titian Perjalana'n nyanyian asal oleh XPDC manakala Zur Eda mempersembahkan lagu berentak dangdut nyanyian Amelina berjudul 'Ah Rindu Lagi'.

Seperti dua musim terdahulu, GV3 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala pengarah popular Mamat Khalid, tampil sebagai juri jemputan. Manakala hos GV3 pula oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.



Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Nora dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat. Ia adalah kemenangan pertamanya menerusi lagu Bring Me To Life (Evanescence).

Selain Gmie, peringkat separuh akhir akan menyaksikan Ameng, Siti Sarah, Azharina, Zarul, Nora Ariffin dan Intan Sarafina.


Sumber & foto: mStar



         ________________________





No comments: