fbpx

Majlis Kedua Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Minggu lalu telah menyaksikan sebuah majlis resepsi perkahwinan yang cukup mempersonakan bagi pasangan bahagia, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bertemakan ala Fairytale. Pada minggu ini pula berlangsung majlis bertandang bagi pihak pengantin lelaki yang diadakan dengan meriahnya di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur pada malam semalam.

BACA: Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli

Sekali lagi pasangan sama manis sama padan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang cukup indah, bertemakan klasik traditional berserta pelamin yang lengkap bewarna kuning diraja. Manakala pengantin pula kelihatan cantik dan segak mengenakan songket berwarna beige.

“Selepas berkahwin kami akan mengurangkan berlakon bergandingan bersama dalam drama, ia adalah atas nasihat orang berpengalaman. Ia bagi mengelakkan perkara yang berkaitan agama dan hukum hakam yang boleh memberi kesan negatif kepada hubungan sebagai suami-isteri,” jelansya kepada m Star Online mengenai keputusan mereka untuk kurangkan lakonan bersama.

Apapun semoga ikatan perkahwinan yang dibina yang berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Memang sama cantik sama padan Amar dan Amyra ini, apatah lagi dengan busana yang dikenakan oleh mereka ketika resepsi membuatkan mereka kelihatan anggun. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar resepsi kedua perkahwinan Amar dan Amyra (rkty/w)