18 November 2016

TUNGGU UNTUK BERCERAI - DIRA & SUAMI MASIH BERBAIK



Meskipun tidak tinggal sebumbung bersama Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 38, sejak Jun lalu dan bakal bercerai kerana merasakan perpisahan itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, Dira Abu Zahar berkata yang hubungan beliau dan suaminya itu masih baik.

Mengakui perceraian dengan Helmi masih dalam proses mahkamah, Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar, 32, berkata kenyataan tersebut terpaksa ditelan meskipun pahit.





"Sebenarnya sekarang kami sedang menunggu panggilan daripada pihak Mahkamah Syariah untuk bercerai. Namun, tidak perlu untuk saya mendedahkan butiran terperinci mengenai perpisahan kami.

"Waktu itu memang saya sudah berbincang dengan dia (suami) untuk tidak mendedahkan apa-apa berkaitan masalah rumah tangga kami.

"Bagaimanapun, saya sendiri sedar bahawa saya masih memegang status sebagai selebriti. Jadi, saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi.



"Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya.

"Walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri, adakah anda masih mengekal hubungan baik dengannya demi kebaikan Anggun (anak Dira menerusi perkahwinan pertama).

"Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya," katanya.

Dira dan Helmi bergelar suami isteri pada 11 November 2011 di Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long, Melaka namun belum dikurniakan cahaya mata.




Sumber: Kosmo
Foto: Kosmo & Dira Abu Zahar IG


         ________________________





No comments: