Inilah Pesan Terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Buat Rakyat Jelata !!!

Inilah Pesan Terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Buat Rakyat Jelata !!! | KITA VIRAL – Jaga adab di media sosial. Demikian titah terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, seorang raja berjiwa rakyat yang mementingkan keharmonian rakyatnya.

TITAH ALMARHUM

Almarhum bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini pada 14 Ogos lepas.

Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Dalam titah itu, Almarhum antaranya menegur sikap segelintir masyarakat yang se­ring berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial, semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.

Almarhum bertitah, perdebatan berhubung isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum-hakam agama di alam maya seringkali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.

TEGURAN BUAT ILMUAN AGAMA

Tidak terkecuali, teguran sa­ma turut dititahkan oleh ba­ginda terhadap sebahagian golongan ilmu­wan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah-belah.

“Senario ini menjadi virus yang memporak-peranda dan mengelirukan rakyat, memecah-belah serta mengkucar-kacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah.

“Apatah lagi pimpinan politik­ dan individu berkepentingan me­ngambil kesempatan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni, sekali gus menghangatkan lagi permusuhan dan polemik sesama umat Islam,” titahnya.

Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang dan akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Kredit : EBerita

The post Inilah Pesan Terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Buat Rakyat Jelata !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close