fbpx

“Jangan Dengar Cerita Dari Mulut Orang Lain”

Umum sudah pun mengetahui pergolakan yang melanda hubungan cinta diantara Kamal Adli dan Emma Maembong yang sedang berantakan. Baru-baru ini dikhabarkan sebuah laporan mendedahkan bahawa hubungan cinta mereka sudah lama berakhir, namun Kamal tampil menafikannya dengan meminta orang ramai untuk tidak terus menerima berita menerusi orang luar.

BACA: Diragut Di Barcelona, Kamal Adli Hilang RM10,000

“Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ianya belum keluar dari mulut kami berdua bermakna hubungan kami masih belum lagi berakhir. Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami berdua sedang berusaha memperbaiki hubungan ini. Saya sudah penat nak melayan berita begini, biarlah orang ramai mahu cakap apa tentang hubungan kami”

“Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul kami sudah putus saya akan beritahunya sendiri,” katanya kepada m Star Online ketika diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan bahawa hubungan cinta diantara mereka sudah pun berakhir. Malah laporan itu turut memberitau berita perpisahan tersebut disahkan oleh seorang rakan rapat aktres berkenaan.

Sementara itu, Kamal dalam masa yang sama turut berkongsi perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka berdua, dimana beliau memberitahu bahawa beliau telah bertemu dengan Emma sejurus pulang daripada penggambaran di Barcelona, Sepanyol beberapa hari lalu untuk memperbaiki hubungan mereka yang dikatakan hambar sejak beberapa minggu lalu.

Terdahulu, pergolakan hubungan cinta mereka telah diketahui ramai apabila masing-masing dilihat tidak lagi memuat naik gambar bersama. Namun disebalik keretakan hubungan itu timbul pula isu pihak ketiga yang dikaitkan dengan pelakon, Fathia Latiff tetapi beliau menafikannya dan menjelaskan hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional. (rkty/w)