fbpx

Neelofa Rancang Tunaikan Haji Tahun Ini

Selepas beberapa selebriti tempatan lain menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, kini giliran Neelofa pula yang bakal menunaikan ibadah haji bersama keluarga pada tahun ini. Menerusi laman instagramnya, Neelofa sempat berkongsi sebuah video ketika beliau dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed sedang melakukan proses pendaftaran haji.

BACA: Neelofa Sambut Raya Di Rumah Baru

“Terima kasih mama. Kita merancang dan Allah juga turut sama. Pastinya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Insya-Allah kalau ada rezeki kita akan mengerjakan haji pada tahun ini,” tulis beliau sebagai kepsyen kepada sebuah video yang dimuat naik bersama ibunya di pejabat pendaftaran haji untuk dikongsikan bersama peminatnya.

Kejayaan Neelofa didalam bidang perniagaan, mahupun bidang seni tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pada awal Julai lalu, beliau bersama kakaknya, Noor Nabila telah membeli sebuah rumah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Segala penat lelah beliau didalam kerjayanya menampakkan hasil apabila dirinya sempat menyambut hari raya di rumah baru itu.

Menurutnya lagi, rumah yang dibeli itu adalah perkongsian beliau dengan kakaknya kerana sudah terbiasa tinggal bersama kakaknya sejak dari dahulu lagi, malah rumah tersebut juga agak besar untuk tinggal sendirian. Namun katanya lagi, salah seorang daripadanya mungkin akan keluar apabila sudah tiba masa untuk mereka mendirikan rumah tangga. (rkty/w)