Respon Hafiz Hamidun Apabila Fathia Latiff Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri

 
Baru-baru ini, satu komen dari Fathia Latiff telah mengejutkan orang ramai dan para netizen.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose ini telah menulis komen kepada Iqram Dinzly dengan menyuruhnya membunuh diri.

Ramai yang terkejut dengan komen sebegitu rupa yang ditinggalkan oleh Fathia Latiff di laman Instagram milik Iqram Dinzly yang ketika itu sedang bersiaran langsung.

Tidak dapat dipastikan sama ada Fathia Latiff bergurau atau sebaliknya. Apa motif Fathia menulis komen sebegitu juga tidak tahu kenapa. Ramai yang muskil dengan tindakan Fathia itu.

Apabila isu ini menjadi viral, salah seorang rakan artis iaitu Hafiz Hamidun dilihat memberi respon.

Walaupun tidak ditujukan secara terus kepada Fathia Latiff, namun komen ini dilihat berkait rapat dengan komen dari Fathia Latiff.

Ini tulis Hafiz Hamidun:

"Bunuh diri tu haram.

"Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.

"What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas? Akal kat mana? Nafsu kat mana?

Itulah pandangan dari Hafiz Hamidun tentang isu ini. Betullah apa yang ditulis oleh Hafiz Hamidun ini, memang bahaya tulis komen sebegitu rupa walaupun ianya hanyalah gurauan.

Apatah lagi komen itu ditulis di laman Instagram oleh seseorang yang sering membuat aksi aneh seperti Iqram Dinzly.

Sebelum itu, Iqram Dinzly ada juga memberi respon setelah mengetahui Fathia Latiff menulis komen sedemikian.

Kata Iqram Dinzly, dia menyarakan supaya lebih baik Fathia Latiff yang bunuh diri.

Ini komen dari Iqram Dinzly:

"Dah kenapa Fathia Latiff tu? Saya cakap terus terang saya tak perasan, kerana netizen komen suka sondol sana sini.

"Saya tak tahu apa sebab Fathia Latiff nak memberikan komen begitu. Mungkin dia nak jadi part of netizen yang suka sondol sana sini dan suka kecam orang.

"Saya sarankan Fathia Latiff, Sama samalah kita bunuh diri.

"Sama ada beliau mahu bergurau atau apa. Saya pun mahu bergurau juga. Aku tahu kau pergi luar negara larikan diri kan? lebih baik kau pun sama bunuh diri.

Itulah komen balas dari Iqram Dinzly kepada Fathia Latiff. 

Sumber: Twitter Hafiz Hamidun

0 comments:

Post a Comment