19 Mac 2018

HANS ISAAC & NEELOFA KEMBALI JALIN CINTA?


Baru-baru ini, Datuk Hans Isaac dan Noor Neelofa dilihat keluar makan malam bersama selepas menonton konsert John Legend di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.



Berita itu tersebar selepas teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly memuatnaik video di Insta Stories. Video itu menunjukkan Hans duduk bersebalahan Neelofa di sebuah restoran terkemuka di Genting.

Lebih mengukuhkan dakwaan pasangan itu keluar bersama, Neelofa juga turut memuat naik videonya menikmati hidangan di restoran tersebut.

Klik untuk gambar besar


Satu ketika dahulu, Hans dan Neelofa pernah menjalin hubungan dan kisah cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain, akhirnya bertemu titik noktah selepas 2 tahun bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa dan Hans belum lagi mengeluarkan kenyataan tentang isu tersebut.

Jika benar pasangan ini benar-benar hubungan cinta mereka kembali bertaut, apa salahnya. Bak kata perpatah.. 'kalau sudah jodoh tak kemana'. Lagipun, dua-dua masih single, sama cantik sama padan pula tu.



ATAU KLIK DISNI UNTUK TONTON VIDEO




ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

via Myartis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan