Al Fatihah. Tiga Beradik MAUT Lepas Hantar Mak Ayah Umrah (5 GAMBAR NGERI)

Al Fatihah. Tiga Beradik MAUT Lepas Hantar Mak Ayah Umrah (5 GAMBAR NGERI) | Saya Luv Islam – Tiga beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbalik dalam parit selepas hantar mak ayah mereka pergi umrah. Lihat 5 gambar ngeri ini. Al Fatihah.

KERETA HILANG KAWALAN

Tiga adik beradik maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan di Kampung Batu Putih, Kuantan, pada jam 5.45 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.

CUBA ELAK KERETA LAIN

Kemalangan itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di depan kenderaan mereka sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Ibu saudara dan sepupu mangsa yang berada dalam kereta itu juga turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kemamam selepas menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin untuk menunaikan umrah.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

MANGSA SELAMAT MINTA TOLONG

Sementara itu, ibu saudara yang hanya dikenali sebagai Mama, 49, terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh anak saudara mereka yang terselamat dalam kemalangan itu.

“Seperti hendak gugur jantung saya apabila mendapat panggilan telefon daripada anak saudara yang mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan dan kenderaan mereka terjunam ke dalam parit.

“Mereka meminta saya bergegas ke lokasi kerana sudah beberapa jam terperangkap dalam kawasan parit itu.

“Ketika dalam perjalanan ke lokasi, kami mendapat panggilan telefon dari anak saudara, Nurul Aliyani Zawawi, yang mengatakan mereka sudah berada di HTAA. Jadi saya terus ke sana,” katanya.

Difahamkan, Aliyani dan ibunya, Salma Ibrahim kini dirawat di unit kecemasan HTAA sementara tiga beradik yang maut dalam kemalangan itu sedang dibedah siasat.

“Saya tidak tahu bagaimana nak memaklumkan kepada keluarga mereka yang sedang mengerjakan umrah. Mereka macam anak saya juga kerana kami tinggal di kampung berdekatan di Binjai, Kemaman.

LAGI GAMBAR KEMALANGAN





Sumber: Harian Metro via The Reporter

The post Al Fatihah. Tiga Beradik MAUT Lepas Hantar Mak Ayah Umrah (5 GAMBAR NGERI) appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close