Dugaan.. Kandungan Pertama Mia Ahmad Disahkan Gugur.. Takziah!


Pelakon jelita yang merupakan isteri kepada Izham Tarmizi, penjaga bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Mia Ahmad telah disahkan keguguran.

Namun Mia Ahmad masih tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai keguguran dialaminya pada awal Disember lalu.

Pelakon berumur 29 tahun ini berkata dia tidak lagi bersedih dengan apa yang berlaku kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan.

Ini komen Mia Ahmad:

"Saya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai keguguran itu sebab ia kali pertama terjadi dalam hidup saya.

"Apa yang saya boleh katakan, saya tidak lagi bersedih dan reda dengan takdir yang sudah tertulis buat saya.

"Buat masa ini, saya nak berehat sahaja. Nak jaga makan dan jaga badan saya supaya bertenaga semula,"

Menurut Mia Ahmad lagi, dia telah menjalani proses berpantang selama 20 hari seperti wanita lain yang keguguran.

Namun, dia enggan berkongsi keadaannya ketika itu pada umum kerana takut nanti ada segelintir pihak mempertikaikan.

Ini penjelasannya:

"Saya juga melalui proses berpantang seperti wanita lain yang mengalami keguguran. Saya banyak tanya pada ibu dan mertua cara untuk jalani proses itu.

"Selama 20 hari saya berpantang. Tapi orang tak tahu sebab saya memang tak berkongsi apa-apa di laman sosial.

"Takut nanti kalau letak gambar pakai stoking atau kapsyen sedang berpantang, ada yang mempertikaikan pula,"

Pelakon jelita ini ditemui di malam Anugerah Telenovela yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Mia Ahmad dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Telenovela 2017.

Dalam perkembangan lain, Mia Ahmad meluahkan rasa syukur akhirnya dia dapat membuktikan kesungguhannya dalam lakonan apabila memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Telenovela 2017.

Kata Mia, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan netizen yang akan mempertikaikan kemenangannya itu.

Ini komen Mia Ahmad:

"Kemenangan ini antara salah satu bukti saya berusaha keras dalam lakonan. Biarpun pada awalnya, menerima kritikan banyak.

"Segala kritikan itu sebagai membakar semangat saya untuk perbaiki lakonan saya lagi. Saya tahu, selepas ini pasti akan ada yang mempertikaikan anugerah ini.

"Tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Biasalah, orang akan nampak kesalahan kita sahaja biar macam mana banyak pun kejayaan yang kita dapat,"

Semoga Mia Ahmad terus sukses dalam bidang seni.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close