Anggota polis bapak ayam ditahan ketika sedang berseronok


KLANG: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas dipercayai menjadi 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

Sumber berkata, anggota berusia 26 tahun itu dan bertugas di cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang, ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium di Setia Alam.
Katanya, ketika serbuan itu, polis turut menemui pakaian seragam anggota selain peralatan menghisap syabu.

"Ketika serbuan itu juga, polis turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang turut menjadi pelacur dan dia mengaku sebagai teman wanita anggota polis itu.

"Difahamkan juga, sindiket ini mengiklankan semua pelacur sebagai gadis Malaysia bagi menarik minat pelanggan," katanya kepada BH.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu, berkata dalam operasi yang diadakan semalam, empat wanita warga Indonesia dan tiga lelaki rakyat tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

Beliau berkata, semua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Noda di hotel dan inap desa sekitar Klang.

"Semalam, kira-kira jam 6.15 petang, sepasukan anggota D7 IPD Klang Utara dan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuat pemerhatian dan risikan mengesahkan kegiatan sindiket pelacuran di hotel berkenaan.

"Berdasarkan maklumat daripada aplikasi WhatsApp menerusi telefon bimbit, terdapat sindiket pelacuran dengan mempamerkan gambar wanita dengan nama Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya, dipercayai berlaku di hotel di Klang.

"Pasukan membuat pemeriksaan dan serbuan di tiga buah bilik di hotel berkenaan. Kita menangkap tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki rakyat tempatan masing-masing disyaki pelacur dan penjaga kepada pelacur terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazelan berkata, pasukan berkenaan turut menahan seorang lelaki rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia dalam serbuan kedua di sebuah inap desa di Setia Alam, di sini.
"Tiga lelaki rakyat tempatan ditahan reman selama empat hari dan empat wanita warga Indonesia direman selama 14 hari bermula hari ini.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan.
"Pihak JAIS pula menyiasat kes ini mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri," katanya
Oleh Norrasyidah Arshad dan Ruwaida Md Zain
bhnews@bh.com.my

--------------
OPS NODA - SENDIKIT PELACURAN MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP.
KLANG - Berdasarkan daripada maklumat aplikasi whatsapp di talian 0173203459 yang mempamerkan gambar wanita antaranya Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya yang menawarkan kegiatan seks kepada pelanggan di Hotel Histana, Jalan Batu Tiga Lama, sepasukan polis daripada D7 IPD Klang Utara bersama Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjalankan pemerhatian dan risikan berkenaan kegiatan sendikit pelacuran di hotel berkenaan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah ACP Mazelan Paijan, Pasukan serbuan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Norsanizam Nordin telah membuat pemeriksaan di tiga bilik hotel dan menemui tiga wanita warganegara asing disyaki pelacur dan 2 lelaki melayu disyaki sebagai penjaga kepada pelacur di sini semalam.

Hasil dari soal siasat, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Setia Dagang, Setia Alam dan menahan seorang lelaki melayu dan seorang wanita warganegara Indonesia yang dipercayai turut terbabit dengan sendikit tersebut.

Selain disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Kesiksaan, pihak JAIS juga menyiasat di bawah Seksyen 29 Enekmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri.

Post a Comment

0 Comments