Lelaki Ini CABAR Kahwin Seorang GRO. Tapi Apa Yg Terjadi Disebalik Perkahwinan MENGEJUTKAN !!!

Lelaki Ini CABAR Kahwin Seorang GRO. Tapi Apa Yg Terjadi Disebalik Perkahwinan MENGEJUTKAN !!! | KITA VIRAL – “Aku adalah seorang Laila yang sanggup berbuat apa sahaja demi Majnun nya..” Itulah kata-kata yang sering Laila gunakan untuk menarik pelanggannya.

Laila seorang pelacur kelas atasan yang mempunyai susuk tubuh yang menggoda dan paras yang menarik. Tentu sahaja untuk memilikinya tidak semudah memiliki pelacur yang lain, bermodalkan wang yang besar barulah si cantik Laila dapat dimiliki itupun hanya untuk satu malam.

Laila tidak pernah berasa terkekang dengan segala dosa yang dilakukannya kerana tiada seorang pun yang pernah menasihatinya untuk berubah lantaran sedari kecil dia ditnggalkan kedua ibu bapanya dan hidup gelandangan.

Sehinggalah munculnya Ilham mengubah kehidupan Laila yang penuh noda itu. Tanpa Laila sedari, Ilham sering mengikuti jejaknya dan mengambil tahu setiap kegiatan Laila.

Akhirnya Ilham nekad untuk bersemuka dengan Laila dan menawarkan sesuatu yang tidak pernah Laila bayangkan.

“Siapa kamu? Aku tidak pernah melihat kamu sebelum ini,” kata Laila. Matanya melirik tajam pada Ilham. Ternyata anak muda di hadapannya itu memiliki pesona yang tersendiri dan kelihatannya seperti seorang lelaki moden dengan feseyen pakaian yang terkini.

“Maaf, perkenalkan saya Ilham dan sebenarnya saya telah lama memerhatikan kamu dan mengetahui segala kegiatanmu,” kata Ilham sopan.

Dengan pandangan yang menggoda akhirnya Laila mengerti, “Oh, kalau begitu aku mengerti maksudmu. Apa tawaranmu?”

“Aku akan menghadiahi kamu sebuah rumah juga sebuah kereta dan wang seumur hidupmu,” kata Ilham.

Laila agak kaget mendengar tawaran Ilham. Tidak pernah orang menawarkan hal sebegitu rupa kepadanya. Tanpa teragak-agak dia menerima tawaran tersebut. Namun Ilham mengajukan satu syarat kepadanya.

“Aku bukan mendambakan tubuhmu tapi aku cuma mahu engkau melakukan satu perkara untukku sebagai imbalan untuk hadiahku tadi,” kata Ilham. Laila menunggu Ilham melanjutkan perbicaraannya dengan rasa tidak sabar.

“Aku mahu kamu berpakaian cantik di suatu majlis yang akan diadakan di rumahku nanti dan pakaianmu serta segala perhiasanmu akan disediakan oleh keluargaku,” ujar Ilham.

“Itu saja untuk sebuah rumah dan kereta? Kalau begitu sudah tentu aku mahu?” Tanpa meragukan sedikitpun Laila bersetuju untuk melakukan seperti mahunya Ilham.

Tiba hari yang ditentukan Ilham, Laila dihias cantik bak seorang pengantin oleh pendandan upahan Ilham. Entah mengapa ada keraguan di hati Laila.

Di luar rumahnya Ilham banyak tetamu yang hadir seolah meraikan sesuatu. Untuk menghilangkan rasa gundah, Laila menemui Ilham di kamarnya. Ternyata Ilham sudah bersiap dengan baju sedondon warnanya dengan baju Laila.

“Apa semua ini? Adakah sesuatu yang aku tidak tahu dan kamu merahsiakannya dariku?” tanya Laila.

“Laila, sekali lagi maaf. Sebenarnya aku ingin kamu menjadi isteriku dan meninggalkan kegiatanmu. Seperti yang aku katakan, aku akan menghadiahi sebuah rumah dan kereta untukmu setelah sah kamu menjadi isteriku.”

Laila semakin keliru. Apa mahu seorang lelaki seperti Ilham memperisterikannya. Teringat kata-kata temannya dahulu, “Tidak mungkin orang kaya mahu memperisterikan wanita seperti kita. Paling-paling kita dijadikan perempuan simpanan.”

Namun hal ini ternyata berbeda sekali dengan Ilham. Fikirnya tidak ada ruginya dia menikahi Ilham, sudahlah hidup mewah dan semuanya tersedia. Tanpa membantah dia menuruti segala kata-kata Ilham.

“Baiklah,” kata Laila lalu berlalu menuju kamarnya.

Seminggu menjadi isteri Ilham ternyata Laila tidak mampu melupakan hidup lalunya. Keinginan untuk menjalani kehidupan yang lama memuncak.

Hidup bebas tanpa kekangan dan tidak menjalani perhubungan dengan seorang lelaki sahaja serta mnjadi dambaan para lelaki. Ilham pula sentiasa mengajak isterinya untuk mendalami ilmu agama.

Ternyata Laila salah menganggap Ilham adalah lelaki moden yang gemar bersosial, Ilham ternyata bekas lulusan Universiti Al-Cairo dan Laila hanya mengetahui itu setelah melihat gambar Ilham di universiti tersebut.

“Laila isteriku, aku ingin sekali melihatmu mengenakan jilbab dan memakai pakaian yang lebih sopan. Aku juga berharap kamu berjemaah sekali bersama aku dan ibu,” kata Ilham pada suatu malam.

Setelah lama dia berdiam diri akhirnya dia menyuarakan hasratnya. Dia benar-benar ingin melihat Laila berubah setidaknya sebelum dia menutup mata.

“Hmm, tapi itu tiada dalam syaratmu kan? Mengapa harus aku turuti,” jawab Laila agak kasar.

Hari demi hari terkurung di rumah Ilham, Laila akhirnya nekad untuk mencari kehidupan lamanya. Berhibur bersama teman-teman dan hidup semahunya.

Jam 1 pagi, Laila masih belum pulang membuatkan Ilham khuatir. Dia mengambil keputusan untuk keluar mencari Laila. Setelah mencari dimana-mana, Laila masih belum ketemu.

Ilham tetap berusaha mencari isterinya itu. Namun tanpa disangka, Ilham terjebak dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta lain. Kecederaannya agak parah.

Di luar ruangan kecemasan, Laila bersama ibu Ilham menunggu dengan penuh debaran. Namun Laila tetap bersahaja, tidak terlihat sedih layaknya seorang isteri.

Melihat Laila yang seakan tidak menghargai suaminya, ibu Ilham membuka sebuah rahsia yang selama ini hanya dia dan Ilham mengetahuinya.

“Laila tahukah kamu, ibu sebenarnya tidak menyetujui pernikahan kalian pada awalnya. Namun Ilham berkeras dan ibu terpaksa menerimanya.” Jujur ibu Ilham mengatakannya.

“Terus kenapa ibu menyetujuinya kalau ibu sendiri tidak rela?” Tanya Laila tetap bersahaja.

“Kerana dia menghormati dan dia mencintai kerabatmu.”
“Kerabatku? Maksud ibu apa? Apa ibu menyentuh soal pekerjaanku dahulu,” tanya Laila ingin kepastian.

“Ya. Ilham mencintainya bukan kerana nafsu namun kerana dia kesal. Dia kesal kerna tidak mampu mengubah nasib kalian, tidak mampu membela kalian sehingga kalian terdampar dalam pelukan lelaki.”

Mereka terdiam sejenak sebelum ibu Ilham meneruskan kata-katanya.

“Tahukah kamu, ibu ini dahulunya seperti kalian. Memperdagangkan tubuh semata-mata ingin menyara hidup.” Laila kaget mendengarnya kerna di hadapannya saat ini adalah seorang hajjah yangdan mana mungkin orang sepertinya melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Pasti kamu tidak percaya bukan? Dahulunya ibu menjadi dambaan para pria sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi ibu. Sehinggalah datang seorang kaya mengambil ibu sebagai simpanannya.

Dan Ilham adalah anak hasil hubungan ibu dengannya. Namun disaat ibu sedang sarat mengandungkan Ilham, lelaki itu meninggalkan ibu.

Ibu membawa diri dari orang-orang kerana takut dicela kerna hamil di luar nikah.” Jelas ibunya. Laila memandang sejenak wajah ibu mertuanya itu.

“Kepada Ilham, ibu tidak merahsiakan asalnya. Ibu menceritakan segalanya dan Ilham ternyata mampu menerimanya. Ilham seorang anak yang tekad mahu mengubah nasib keluarga dan lihatlah sekarang hidup kami telah berubah,” sambungnya lagi.

Laila termangu mendengar cerita ibu mertuanya itu. Langsung tidak dia menyangka hidup mertuanya persis hidupnya cuma dia lebih beruntung kerna ada seorang lelaki yang sanggup menikahinya dan menerima dia seadanya.

Semingggu kemudiannya, keadaan Ilham sedikit membaik dan dia meminta untuk dibawa pulang. Sepanjang Ilham berada di rumah sakit, Laila sedikit-sebanyak mencuba untuk mengenal agama. Dimulakan dengan solat, dia semakin tenang dalam menjalani hidupnya.

Pada malam itu buat pertama kalinya Ilham dan Laila berjemaah bersama semenjak bergelar suami isteri. Entah mengapa Ilham terasa sayu pada malam itu. Di sujud akhirnya, dia menitiskan airmata atas perubahan isterinya itu.

Benarlah kata orang musibah itu adalah anugerah. Malam itu juga mereka berdua berbual mesra juga buat pertama kalinya. Ilham berbaring di riba isterinya dan itulah saat yang dinantikannya.

“Laila isteriku, terima kasih,” ucap Ilham. Ditatapnya wajah isteri tercinta.

“Ilham, maafkan Laila kerna semenjak menjadi isterimu, Laila tidak pernah menjalankan tanggungjawab seorang isteri. Jujur, Laila bukanlah isteri yang baik.” Kata Laila lalu menitiskan airmata.

“Laila, kamu adalah isteri yang baik. Cuma satu permintaanku, setiap sujud terakhirmu doalah untukku agar senang nantinya ketika aku dalam tidur panjangku,” dengan senyuman manis Ilham menuturkannya. Laila hanya senyum mendengar ucapan suaminya itu.

Pada malam itu, Ilham tidur lena dipangkuan Laila. Laila pula sepanjang malam tidak tidur walau sepicing pun. Dia memandang wajah suaminya dengan penuh rasa cinta. Sehinggalah tiba waktu Subuh, Laila masih belum tidur.

Dia ingin membangunkan suaminya untuk solat bersama namun demi melihat wajah suaminya yang sedang enak tidur, dia membatalkan niatnya. Mungkin Ilham masih belum pulih sepenuhnya dan dia butuh rehat yang secukupnya.

Subuh itu, terasa angin meniup dingin dan nyaman sekali rasanya. Laila dan ibunya solat bersama di ruang tamu rumah. Di sujud akhirnya, Laila mendoakan untuk suaminya.

“Ya Allah, muliakanlah suamiku disisimu sepertimana mulianya dia disisiku.”

Usai sahaja solat Subuh, Laila kembali ke kamarnya. Kelihatan Ilham masih enak tidur. Entah mengapa Laila merasa aneh melihat Ilham.

Dirapatinya dan dielusnya perlahan rambut suaminya. Ditatapnya kejap lalu digoyang perlahan bahu suaminya. Namun Ilham tetap terbaring kaku seolah tidak bernyawa.

Sekali lagi bahu Ilham digerakkan perlahan namun masih tetap sama. Laila lantas memanggil mertuanya dan memberitahu keadaan Ilham. Ibunya mencuba membangunkan Ilham seketika namun dia tetap kaku.

Dia memeriksa nadi Ilham dan ternyata anaknya itu sudah tidak bernafas lagi. Maka mengalirlah airmata seorang ibu kerna anak kesayangannya terlebih dahulu meninggalkannya.

“Ilham sudah tiada,” kata ibunya kepada Laila. Demi mendengar itu, Laila menitiskan airmata. Tidak dia menyangka semalam adalah solat pertama dan terakhirnya bersama Ilham.

Sebelum jenazah Ilham dikafankan, Laila menatap wajah suaminya seakan tidak puas lalu dikucup dahi Ilham dan dia berkata, “Laila mencintaimu, Ilham.”

Dan itulah ucapan cinta Laila yang pertama dan terakhir kali buat Ilham. —

Sumber : wayangkaki.com

The post Lelaki Ini CABAR Kahwin Seorang GRO. Tapi Apa Yg Terjadi Disebalik Perkahwinan MENGEJUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close