(TERKINI) Siti Elizad Dedah Sedang Sakit Ketumbuhan, Punca Sukar Hamil


Kini ramai artis sedang berjuang menentang sakit yang sedang dialami. Antara ialah penyanyi Elyana yang sedang melawan kanser, Syura yang alami penyakit misteri dan juga Lan yang menghidap hemorrhoid.

Yang terbaru, seorang lagi artis iaitu pelakon Siti Elizad buat pendedahan tentang penyakitnya yag ramai tak tahu.

Siti Elizad mendedahkan dia kini sedang bergelut dengan penyakit ketumbuhan cyst iaitu ketumbuhan yang mempunyai air.

Pelakon ini akui pernah mengalami ketumbuhan cyst seberat empat kilogram dalam perutnya sebelum menjalani pembedahan dua tahun lalu.

Walaupun telah menjalani pembedahan, pada tahun lalu,  ketumbuhan sama sebesar telur dikesan semula dalam perutnya. Penyakit cystnya datang semula.

Ini pendedahan Siti Elizad:

"Bagi kes terbaru ini, saya belum buat pembedahan kerana terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya hanya mengamalkan makanan organik sebagai langkah untuk mengurangkan pembesaran ketumbuhan ini.

"Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, cyst mengecut. Diakui perkara ini berpunca daripada faktor pemakanan harian"

Menurut Siti Elizad lagi, ketumbuhan yang dialami ini juga merupakan antara faktor dia sukar hamil dan mengandung walaupun sudah dua tahun berkahwin.

Ini penjelasan Elizad:

"Saya difahamkan cyst ini antara punca saya lambat hamil. Saya ada mencadangkan kepada doktor yang mana ingin membuang ketumbuhan ini sekiranya saya diberikan rezeki hamil dan apabila bersalin, cyst dikeluarkan sekali.

"Memang sedikit tertekan. Malah ketumbuhan ini membuatkan seseorang cepat loya".

Cyst memang diketahui boleh menjadi kanser dan sel barah sekiranya berterusan tidak dirawat. Oleh itu, pada masa sama, Elizad turut membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengesan sebarang penyakit seperti barah.

Ini komen Siti Elizad:

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik. Setiap kali menunggu hasil pemeriksaan doktor, saya pasti takut.

"Bimbang juga jika hasilnya positif. Sekarang ini semua orang mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, cara terbaik adalah berhati-hati dalam soal pemakanan"

Itulah pendedahan dari Siti Elizad tentang masalah kesihatannya. Semoga Siti Eizad cepat sembuh dari penyakit cystnya itu.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close