Ajaibnya Sedekah

Assalamualaikum. Aku bakal berkahwin pada hujung bulan 7 nanti. Aku tak tahu aku nak cerita mcm mana cuma aku nak cakap yg betapa ajaibnya amalan bersedekah dan ikhlas. Allahuakbar. Aku sgt terharu sbnrnya. Cerita dia begini. Raya kali ni mmg aku tak prepare apa2 sbb aku nak simpan duit utk majlis kahwin aku. Yelah walaupun kita perempuan, tapi takkan nak bakal suami kita support 100% kan. So aku mmg tak sediakan duit raya langsung kpd anak2 saudara aku. Malah lebih teruk, aku tak sediakan duit raya utk ibu aku.

Sehari sebelum raya tu, ibu aku ajak keluar beli tudung raya. Aku pun ikut la sbb nak jadi driver dia kan memandangkan ayah aku dah lama meninggal 6 tahun lepas dan kakak dan abang aku dah kahwin, so mmg ibu aku harapkan aku utk bwk dia ke mana mana. Setelah 5 kedai aku bawak dia, akhirnya dia berkenan dengan satu tudung ni. Mahal jgk. Ibu aku keluarkan purse dia, aku intai tinggal not RM20 dan not RM10 je. Maknanya ibu aku ada duit RM30 je waktu tu. Ibu aku ckp, nak singgah bank nak withdraw duit jap. Entah kenapa tiba2 aku cakap, takpelah ibu, guna duit acu dulu. Terus aku buka purse dan keluarkan duit yg aku dah asingkan utk duit minyak balik KL nanti. Dlm hati aku ckp, takpela takde duit minyak, aku leh balik naik bas. Ibu aku senyap je. Dan aku pun bayar tudung tu.

Hari raya kedua, aku pergi beraya rumah nenek aku. Masa sesi bersalaman tu, ibu aku dan adik beradik aku semua bagj duit raya kat nenek. Aku seorang je tak bagi. Aku malu sbnrnya sbb nenek byk jugak menyumbang waktu aku study kat USM dulu. Entah kenapa tiba tiba aku minta satu sampul dr kakak aku dan aku pun ambil duit sewa rumah aku yg aku dah asingkan. Dlm hati fikir, takpelah, berserah jelah.

Sbnrnya, bulan ni mmg aku pokai sikit sbb aku kena bayar road tax dan insurans, jadi belanjawan agak lari. Aku tak cerita semua ni kat keluarga terutama ibu sbb taknak menyusahkan mereka.

Klimaks cerita aku, semalam waktu aku tgh sembahyang kat surau office, tiba tiba dpt mesej yg claim dan duit OT dah masuk. Sejam kemudian, paklong aku minta no akaun nak sumbang utk majlis kahwin aku. Aku ingtkn dia bagi RM200 je, tapi rupanya dia bagi RM2,000. Allahuakbar. Menangis aku. Aku rasa terharu sgt. Betul lah Allah kata. Ikhlas lah dalam bersedekah. Allah pasti akan tolong kita kalau kita tawakal. Terima kasih ya Allah.

– Viva

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

137 Comments

  1. Subhanallah.. hebat nya bersedekah. Sy setuju..kdg2 kita sebenarnya susah tp kita x sampai hati pun nk bagitau org esecially mak ayah. Then lagi satu bab nak kumpul duit tolong bakal husbnd tu pun sy setuju..yelh kan.. sbb yg nak kawin sama2.. apa slahnya sharing kan.. kdg2 org x nampak yg ikhlas tp its okay. Allah tahu nawaitu kita. Semoga jodoh awak berpanjangan.

    • Kena belajar ikhlas, sbb mungkin kita rasa kalau kita bg mst tk cukup duit kan. Tp Allah tk kejam, selalunya kita akan dpt berkali ganda dr apa yg kita sedekah. Percayalah, kalau kita selalu rasa duit tak cukup smpai kedekut nk sedekah, Allah akan selalu buat tk cukup utk kita :)

    • Fadd Rashid hah selalu mcm tu sy selalu merungut gaji banyak tp habis mcm air,, padahal banyak dpt tp xpenah cukup habis mcm air …

    • Ikhlas ni bkn tanpa hrapkan balasan langsung—tak. That will not make us happy at all, kan? Biar ikhlas kerana Allah. Yakinlah & bersangka baik dkt Allah yg akan mencukupkan rezeqi kita. Insyaallah, kalau ikhlas mcm ni, Allah akn beri lebih lagi. Kalau tak kat dunia yg sementara, kat akhirat ada syurga abadi ? nak tak? Hehe

    • Niatkan nk memberi kerana Allah. Sebeb duit yang kita ada tu pun, milik Allah. Dan kalau kita bagi ke, tak bagi ke, Allah tu tetap ada, melihat kita. Kalau kita tak sedekah, tapi Allah tetapkan duit kita tu bukan untuk kita. Tetiba duit tu trcicir, hilang ke, motor rosak ke, hp rosak ke, melayang ke tempat lain. Kalau kita terfikir nak sedekah tu, beri juga walau sedikit. Sebenarnya harta yang disedekahkan itu lah yg benar2 milik kita. Sebab pahala yang kita dapat tu, dapat kat kita sampai kiamat sok. Jomm sedekah. ?

    • Bukan tak ikhlas tu, cuma rasa insecure je. Takpe, next time bila nak bersedekah, kena kuatkan semangat dan sentiasa ingat bahawa Allah akan bagi ganjaran nikmat yang lagi banyak. Ingat mcm tu je. Mcm confessor ni buat. Tawakkal.

    • Cuba tanam dalam diri, dalam rezeki kita, ada rezeki org lain. Dan setiap rezeki kita dpt, xsemuanya hak kita. Bila kita takut utk memberi, just bear in mind that semua tu pun pinjaman dari Allah je sbnrnya.

    • Nak buat baik mmg mcm tu..kdg2 bisikan syaitan..biasakan memberi ..walau rasa syg duit tu..derma je walau seringgit..lama2 dah jadi kebiasaan dan kita akan rasa seronok..bila da seronok niatkan ikhlas menderma..

    • Sedekah yang kita lakukan di saat kita kedekut dan sayang akan harta kita tu..Itulah sedekah paling mulia di sisi Allah SWT..Petikan kata daripada seorang ustaz yang saya dengar ceramahnya.. ☺

  2. Sebenarnya sedekah dkt ahli keluarga sendiri tu haruss, jgn pernah berkira expecially dgn mak ayah. Alhamdullilah balasan yg dpt mmg unpredictable.

  3. The power of sadaqah. Seroously i pun pernah alami saat yg sesak tapi didtgkan dgn rezqi yg xdisangka2 asalkan ikhlas. Btw semoga dipermudahkan urusan kawin dan dimurahkan rezqi.

  4. Teringat masa nk kawen dulu. Kawen dua bulan lps raya. Masa nk raya tu dpt bonus. Mmg fikir nk simpan utk belanja lps kawen nnt. Bila time raya, ayah tanya kenapa x bg anak2 buah duit raya mcm thn sblmnya. Aku ckp nk simpan utk guna lps kawen nnt. Ayah ckp x baik mcmtu, bagi lah even seringgit sorang n mintak budak2 tu doakan murah rezeki. Budak2 kan seronok kalau dpt duit raya. Apa salahnya gembirakan budak2. Aku buat mcm y ayah suruh. Aku hulur sorang dua ringgit, mintak doakan murah rezeki. Tau2 je lps majlis kawen, salam kerok dpt byk lah jugak. Ayah bg sikit (lg byk dr bonus y aku dpt) kt aku utk belanja lps kawen. Kesimpulannya, sedekah mmg power n mcm magic. Sedekah dgn ikhlas dan harapkan pahala dr Allah

  5. MashaAllah tabarakallah. Selain cerita-cerita penghijrahan, cerita-cerita bestnya sedekah antara yg boleh buat ada air keluar dari mata. Huhu.

    Kadang-kadang org selalu anggap, sedekah tu guna duit je. Tapi, bagi aku yang belum berkemampuan nak bersedekah guna duit, since study pun tak habis lagi… satu je nak share, do all the good deeds pun kira sedekah.

    Teringat satu hari tu, nak balik tmpat study. Hari tu mmg tak plan nak buat baik pun (ada ke pulak tak plan nak buat baik? Hahaha). Tapi, ramai orang yg aku jumpa hari tu. Yang aku ingat, aku beli topup and air mineral. Aku tak ambik duit balance. The masa naik train, ada sorang aunty tu. Dia tertidur. Masa tu dah sampai last station. So, aku pun kejutkan dia bagitau dah sampai. Hujung minggu tu, aku balik kampung. Masa tu nak withdraw duit. Tup2 tengok total dlm bank mcm lebih dari biasa. Rupanya aku punya one off payment kalau dpt smbung study dah masuk. Senyum sengih sampai telinga je. Balik rumah siap bagi kat mak ngn ayah lagi.

    Allah… hebatnya kuasa sedekah. So,lepas ni jangan tunggu ada duit. Buat je apa-apa amal kebaikan dan niatkan sebagai sedekah daripada kita untuk manusia yg lainnya.

    Selamat hari raya. ;-)

  6. Btoll…penah sekali tu duit cukup2 je.tp sbb org mtk tlg jdi kita tlg lah..dlm hati ms tu doa je moga mrh rzki.kita mudahkn urusan org lain, allah mudahkn urusan kita..org tu mtk 100je..duit lam akaun tggl seratus lebih je.lps tlg org tu, xsmpi 1 hri claim msuk segedebuk. Berkali2 ganda. Syukur.

  7. Dulu waktu dekat asrama, duit tinggal seringgit. Umi tak melawat.

    Hari jumaat ada bacaan yassin dan edaran tabung sedekah

    Berbelah bagi nak sedekah. Last last letak jugak seringgit tu dalam tabung tpi dalam hati tengah sebak sedih nak belanja makan apa

    At the same time, after baca yassin, tetiba kawan bagi rm10 katanya duit nak bayar hutang. Pdahal dah lupa.

    Bibir tersenyum, dalam hati dah taufan menangis kesyukuran. Haha

    #kuasasedekah

  8. Sgt setuju! The more u give, the more u get. sy pun pernah alami. Time takde duitlah kena bykkn sedekah. Then insyaallah akan dtg rezeki yg berlipat kali ganda lagi byk drpd apa yg kita sedekah dulu.. cer buat kalau x caya. Haha

  9. Betul tu. Sebenarnya banyak orang tunggu bila dah kaya baru fikir nak sedekah. Alasan waktu tu dah mampu. Tak salah pon tapi jika kita benar faham konsep barakah sedekah itu, sewaktu kita susah dan biasa2 la patut kita lebih bersedekah kerana dari situ rezeki kita akan bertambah. Bukankah kita patut bersyukur sewaktu kita di bawah tidak hanya apabila kita di atas baru bersyukur? Dan apabila kita sudah senang dengan rezeki itu, maka kita boleh bersedekah dengan lebih banyak lagi kerana sesungguhnya sangat besar nikmat sedekah dirasakan apabila lahir dari hati yang ikhlas kerana Allah SWT . Wallahualam. =)

  10. Betul, setuju. Duit ni jgn berkira sgt dgn family, pnh alami jgk mmg tak fikir pjg terus hulur duit and dlm hati tawakkal, alhamdulillah sepanjang minggu tu tak keluar duit belanja langsung sbb org sedekah/belanja makan. Kdg rezeki kita bersedekah pun dtg bkn dlm bentuk duit jgk tp nikmat yg lain.

  11. Itulah…kena redho dengan rezeki yg ade…ade guru mengajar kena asingkan rezeki kita dpt untuk sedekah…walaupon tak mengharapkan dpt semula rezeki dengan x disangka mcm adik kita ni…sekurangnye tu beli saham dlm kubur nanti….ni peringatan tuk diri sendiri jugak..redho tu penting

  12. Yee.. Betol2.. Sedekah lah.. Lagi2 dengan org yang dekat dengan kita. Rezki tu dari Allah, lagi kita banyak berikan harta kita ke jalan Allah, Allah akan beri ganjaran kepada kita. Jangan takut bersedekah. Allah tu maha Memberi.

  13. btul.. mudahkn org lain Allah mudahkn untk kite… bsedekah ni dgn ibubapa xyah bkira pun… klu xbg duit pun bg dlm bentuk hadiah peralatan rmh n plg cikai punye sedekah is blk tgk mak pun da kire sedekah tau…sb dia sure senyum n suke ble kite blk kg ..siap canang 1 kg ank aku blk oiii… hehe… smoga urusan anda lbh dipermudahkn ble sentiasa ikhlas dlm setiap urusan yea..

  14. Serius mmg power sedekah ni . Pernah dulu jadi kat aku mase kat tesco kota bharu . Nak keluar kat parking kete . Mase tu duit dlam poket tggal rm5 je . Duit last dah mase tu . Mmg takde duit terus . Time jalan g kat kete tu tetibe tenampak budak laki dlam umur 12/13 camtu la tgah duduk jual kerepek . Mule2 mcm tak heran sgt . Yelaa kan nak beli tp duit tggal rm5 . Huhu then tetibe nampak nota kat kerepek budak tu . Jualan untk membantu keluarga die tulis. Tetibe ak teringat family aku . Mmg sebak la rase sbb ak pun bukan org senang n dari kecik ape2 bnde ak nak ak beli gune duit sendiri . Usaha sendiri . Pastu aku patah balik kat budak tu . Ak beli 2 plastik kerepek tu . Satu rm2 so semua rm4 . Pastu aku sedekahkan lg rm1. Lepas masok kete ak fikir ape ak nak makan lepas ni . Nak mintak duit kat parents ak mmg tak laa . Segan kot da besar2 nak mintak duit lg. Huhu . Tp ak fikir takpe la ak boleh makan kerepek tu . Tp yg ak risau asignment nak kene print (masa tu ak student ). Malam tu ak doa la semoga aku dgn adik tu ngan family aku dimurahkan rezeki . Dan nak tau ape ? Esok nye ak sesaje cek acc aku . Mmg tekejut gileww sbb tetibe ade rm1500 . Tak tau dari mane dtg . Tp Alhamdullillah mmg besyukur sgt . Haha the end

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *