Carian
Antaramuka TouchWiz Dikemaskini Yang Mungkin Hadir Pada Galaxy Note 7 Tertiris
June 28, 2016 Aman

Samsung dikenali dikalangan ramai pengguna melalui antaramuka TouchWiz mereka yang memberikan pengalaman tersendiri berbanding dengan pengeluar peranti Android lain. Sebelum ini, pada pengenalan Galaxy S6 tahun lepas, Samsung telah hadir dengan perubahan yang banyak pada TouchWiz, dan kini mereka dilihat akan terus menambah-baiknya melalui TouchWiz baru.

Dikenali sebagai Grace UI, antaramuka TouchWiz baru ini dijangka diperkenalkan bersama-sama Samsung Galaxy Note 7 kelak.

Melalui Grace UI, Samsung dilihat menggunakan rekaan warna yang lebih kemas dan cerah – disamping memberikan nafas baru pada beberapa aplikasi yang hadir terbina. Antaramuka pada bahagian notifikasi juga turut diubah berbanding TouchWiz sebelumnya.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan video tertiris ini. Seperti biasa, pelbagai perubahan mungkin hadir sebelum Samsung memperkenalkan antaramuka ini secara rasminya melalui Galaxy Note 7 kelak.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan antaramuka TouchWiz baru ini?

Komen