fbpx

Munafik Sudah Kaut RM18 Juta

Filem seram pecah panggung, Munafik yang telah berjaya mendapat kutipan sehingga RM18 juta di serata pawagam di Malaysia, membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof ingin menghasilkan Munafik 2 pada hujung tahun ini selepas mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.

BACA: Shamsul Yusof Bawa Puteri Sarah Bercuti Di Australia

“Alhamdulillah, selepas sambutan luar biasa ke atas filem Munafik, Syamsul kini menyatakan hasratnya untuk menghasilkan filem Munafik 2 pula. Penggambaran filem itu pula akan bermula pada hujung tahun ini.

“Disebabkan itu, kami melanjutkan seminggu lagi tempoh tayangan yang sepatutnya tamat pada minggu ini. Sementara di Malaysia dan Brunei, tayangan Munafik akan berakhir pada minggu ini,” kata Datuk Yusof Haslam kepada Projek MMO berhubung hasrat anaknya yang bakal menerbitkan filem itu tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, Munafik adalah filem kesembilan arahan Syamsul Yusof dan merupakan filem seram keduanya selepas Khurafat pada tahun 2011. Filem seram yang menelan belanja RM1.6 juta ini pula bertambah hebat apabila dibarisi pelakon seperti Nabila Huda, Fizz Fairus, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan A.Galak. (rkty/w)