fbpx

Amelina Akui Ada Peminat Cuba Memikatnya

Ratu Dangdut Malaysia, Amelina berkongsi ketika di awal kemunculannya semula dalam bidang nyanyian ketika ini, ada segelintir peminat yang cuba untuk mendekatinya. Bagaimanapun, penyanyi dangdut yang sudah berusia 41 tahun ini, menganggap perkara tersebut sekadar gurauan.

BACA: Dihina Di Laman Sosial, Amelina Maafkan Pengkritik

“Adalah yang cuba mengurat, tetapi saya ini sudah 41 tahun anak dah 6 orang takkanlah ada yang nak lagi,” katanya sambil berseloroh. Tambah penyanyi ini, dia mahu memberi fokus terbaik kepada kerjaya dan juga keluarga, terutama sekali anak serta ibunya.

“Banyak orang di sekeliling saya yang sentiasa menasihati, memberi teguran dan ‘brainwash’ dengan apa sahaja tindakan yang saya buat. Daripada situ kita dapat pastikan mana yang baik dan buruk”

“Di umur yang menjangkau pertengahan ini saya hanya fokuskan pada karier sahaja dan keenam-enam anak saya yang sedang membesar,” katanya yang ditemui di Majlis Pelantikan Amelina Sebagai Duta Pewarna Rambut D’Herbs.

Penyanyi ini turut berkongsi cerita di awal kemunculannya semula ramai mempertikaikan kredibilitinya sebagai penyanyi serta imej yang dibawakan sehingga dia sedikit terkilan. Namun, berkat usaha dan tawakal dirinya pada yang Esa akhirnya keputusan untuk kembali dalam industri hiburan tanah air tidak mengecewakan kerana banyak tawaran yang diperolehi.

“Mula-mula masuk terkejut juga tengok komen-komen haters, sampai saya pun rasa mental juga. Tapi tidak mengapa mungkin mereka kurang kasih sayang. Alhamdulillah selepas itu banyak tawaran sehingga saya sudah menghasilkan single ‘Cinta Harus Seksi’ dan sudah pun menghabiskan penggambaran klip video tersebut di Jakarta Indonesia pada tahun lepas. Ini berkat usaha dan doa anak-anak serta keluarga saya yang banyak membantu,” ujarnya. (rtky/h)