CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4328|Reply: 2

perodua tampil bela diri lepas kena fitnah.. tak baik fitnah-fitnah tau..

[Copy link]
Post time 12-12-2014 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Isu Gandar Belakang Alza dan Myvi Mudah Tercabut, Perodua Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar...



Beberapa hari lepas kecoh di media sosial apabila tersebar beberapa keping gambar yang menasihatkan kepada pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati kepada kereta mereka.


Mesej tersebut berbunyi seperti berikut "Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."

Isu berkenaan dipandang serius oleh pihak Perodua kerana ianya akan menimbulkan kegusahan dan hilang percaya kepada produk Perodua. Oleh yang demikian Pihak Perodua tampil memberi penjelasan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain.


“Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.






“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel,” katanya.


Setelah siasatan dijalankan ternyata gambar kerosakkan kepada Perodua Alza tersebut berlaku akibat daripada kemalangan dan bukannya secara tiba-tiba tercabut. Selain itu pemilik kereta Alza merah berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung dengan perkara tersebut sambil dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut.







Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.





Ternayata penyebaran berita yang salah akan menimbulkan kegusahan orang lain. Tidak jelas apa tujuan sebenar pihak berkenaan dan seeloknya siarkanlah berita yang penuh dan bukan yang diambil separuh sehinggakan menimbulkan salah faham.



Sumber: siakapkeli.com

Last edited by Nusantara77 on 12-12-2014 12:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 02:50 PM | Show all posts
penjelasan Alza merah tu ok boleh diterima..sebab dilanggar dari belakang.
tapi utk penjelasan Myvi Putih tu agak kurang memuaskan hati, tak munasabah tukar spring aja boleh tercabut seluruh gandar belakang??? biar betul??? aku dah pakai lebih 5 biji kete, semua aku tukar spring sport depan blakang...ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 09:56 PM | Show all posts
pd aku plak .... mmg tak bleh nk terima alasan utk 2-2 kes tu.
yg merah tu .. impact tak nampak kuat sgt pun, tp "cedera teruk" dh mcm filem hindustan je.
yg putih tu ... mcm yg zulka kata la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061828 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list