fbpx

Gambar Sekitar Bulan Madu Akim Ahmad & Stacy AF Di Dubai

Melalalui perkongsian gambar di Instagram Akim Ahmad dan juga Stacy AF di Instagram, mereka kini sedang berbulan madu di Dubai sambil menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen swasta.

BACA: “Stacy Belum Hamil, Kami Sedang Usaha”

Sebelum ini, melalui BH Online, Stacy pernah menjelaskan bahawa dia sememangnya mengimpikan zuriat selepas mendirikan rumah tangga malah dirinya juga terpalit dengan khabar angin bahawa sudah berbadan dua.

“Saya anggap apa saja spekulasi atau soalan mengenai diri saya hamil sebagai doa orang ramai. Saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat saya dan Akim namun buat masa ini, kami belum dikurniakan rezeki lagi”

“Mungkin kerana saya ‘buncit’ membuatkan ada pihak yang salah anggap apabila melihat gambar saya. Tanggungjawab sebagai ibu bukan perkara yang boleh dipandang remeh, berdebar-debar juga apabila mengenangkan status yang membawa erti besar itu,” katanya.

Apa pun, kami kongsikan gambar Stacy dan juga Akim ketika di Dubai. Semoga pasangan ini akan cepat beroleh cahaya mata dan dilimpahi bahagia selamanya. (rtky/s)