fbpx

Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu, pelakon Anzalna Nasir menyifatkan bahawa pengalaman pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga dan suami, Mohamad Hanif merupakan detik terindah buat dirinya.

BACA: Di Sekitar Resepsi Kedua Perkahwinan Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki

“Berbulan madu sebenarnya bukan sekali saja. Saya percaya, setiap hari pun boleh jadi bulan madu untuk pasangan suami isteri. Selepas berkahwin, saya fikir tiada istilah berbulan madu. Saya dan suami boleh berbulan madu pada bila-bila masa”

“Namun, pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini cukup manis untuk dikenang. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Malah dalam masa yang sama, Anzalna sempat juga menceritakan bahawa kehidupan lepas berkahwin juga merupakan sesuatu pengalaman yang amat manis.

“Sangat menyeronokkan. Saya banyak berehat kerana belum ada komitmen berlakon. Baru sekarang dapat merasa atau feel sebagai isteri. Saya seronok melakukan rutin sebagai suri rumah. Saya gembira dapat menjaga soal makanan dan pakaian suami”

“Suami sangat manjakan saya. Selepas berkahwin, tampak ketara sikap penyayangnya. Suami cukup mengambil berat. Benarlah, selepas berkahwin, setiap pasangan akan menunjukkan warna sebenar diri,” jelasnya. (rtky/s)