fbpx

Hafiz Suip Nafi Minta Tajaan Kahwin Ratusan Ribu Ringgit

Bakal mendirikan rumah tangga pada Mei ini, kini telah tersebar dakwaan bahawa Hafiz Suip dikatakan meminta tajaan untuk majlisnya nanti bernilai ratusan ribu ringgit.

BACA: Hafiz Suip Nafi Tolak Penaja Untuk Majlis Perkahwinan

“Manalah datang cerita ini? Memang tiada wakil daripada pihak saya meminta penajaan daripada mana-mana indidvidu. Begitupun, pihak yang mahu menaja memang ada, tetapi kami belum dapat dduk berbincang kerana saya sibuk dengan urusan perkahwinan adik”

“Mungkin dalam minggu depan, baru saya akan berjumpa dengan pihak yang berminat untuk menaja majlis itu. Soal penajaan bukan boleh dibuat main-main. Saya sudah lihat banyak situasi yang disebabkan penajaan, akhirnya timbul masalah sampai bergaduh kerana tidak puas hati”

“Saya tidak mahu situasi seperti itu terjadi,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH Plus. Oleh sebab tersebut, Hafiz menyatakan bahawa dia akan memastikan proses penajaan akan dibuat secara professional. (rtky/s)