fbpx

Fiza Elite Nafi Bakal Kahwin Lagi

Baru-baru ini ada berita mengatakan Fiza Elite bakal menamatkan zaman bujangnya apabila memuat naik sekeping gambar bersama seorang jejaka. Lebih kecoh lagi apabila bekas suami, Adam AF turut mengeluarkan kenyataan mendoakan kebahagiannya. Tetapi hari ini, Fiza tampil menafikan dakwaan itu.

BACA: Adam AF Doakan Kebahagiaan Fiza Elite

“Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin secara tiba-tiba. Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi. Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ianya ada kaitan dengan saya mahu berkahwin lagi sekali”

“Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan. Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tambah ibu kepada dua anak ini, beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali jadi masih terlalu awal untuk memikirkan perancangan perkahwinan kerana kisah kegagalan yang dialaminya dua kali sebelum ini. Pun begitu katanya lagi, jika benar beliau akan berkahwin, pastinya berita itu akan dihebahkan kepada umum. (rkty/w)