Monday, June 29, 2015

Persoalanya: Xavier Andre Justo Orang Luar.Di Tangkap Polis Thailand. Kenapa Mahathir dan Konco-konconya Di Malaysia Semacam Disampok Histeria Membela Dia?


"KALAU TIDAK BERADA-ADA,MASAKAN BURUNG TEMPUA ITU BERSARANG RENDAH???"

                          
                         


Selasa, Jun 29,2015 at 1.11am.

PADA JAM 1.15 pagi bersamaan 25 hb.Jun 2015 Utusan online ada menyiarkan laporan sensetif berhubung dengan kenyatan dari 1MDB.

Pada masa yang sama juga Utusan online ada juga menyiarkan satu laporan dari Bangkok Post yang ada hubung kait dengan penangkapan polis Thailand, ke atas bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo.
Polis Thailand menahan Xavier Andre Justo 49, waragnegara
 Switzerland itu atas tuduhan cuba mengugut syarikat
PertroSaudi.
Di bawah ini ada penulis turunkan laporan yang telah disiarkan oleh Utusan online itu.

Akibat dari laporan yang tersiar di media temptan dan media antarabngsa dengan hangatnya?

Maka secara kilat seorang individu dilihat telah membuat komen secepat kilat atas tindakan polis Thailand itu.

Individu itu tak lain tak bukan ialah Dr. Mahathir Mohamd dan kemudian depeeti biasa diikuti pula oleh konco-konconya.

Speaker Dewan Negeri Sabah, YAB Datuk Mohd Saleh Karuak,dilihat secepat kilat juga segera response (menjawab) berhubung dengana komen yang telah dibuat oleh Mahathir itu bersabit tindakan polis Thailand itu.


KUALA LUMPUR 24 JUN  (Utusan online). 

Syarikat pelaburan strategik negara Malaysia Developement Berhad 1MDB menegaskan sebahagian email dan dokumen yang bocor seperti disaiarkan dalam sebuah blog Serawak Report sebelum ini didapati telah dipinda.


IMDB dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata,akibat daripada perbuatan itu,pelbagai tuduhan telah dilemparkan tehahap 1MDB.

Datuk  Seri Najib Tun Razak sasaran utama
 Mahathir dlam isu 1MDB
Kata 1MDB pihaknya mengambil maklumat mengenai siasatan itu selepas merojok beberapa laporan tentang penahanan seorang bekas kakitangan  PetroSaudi International Ltd ( PetroSaudi) di atas percubaan memeras ugut maklumat e-mail milik syarikat minyak dan gas tersebut.

"Kami yakin pihak berkuasa yang bertanggung jawab akan menyisat kes tersebut dengan teliti termasuk menentukan fakta-fakta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-unandang.

Seperti sebelum itu 1MDB Sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,"kata kenyataan itu.

SEMALAM sebuah akhbar Thailand, Bangkok Pos melaporkan polis Thailand telah menangkap seorang bekas pegawai PetroSaudi Xavier Andre Justo 49,dan mendakwa warganegara Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.


Ketua polis Thailand Jeneral  Somyot Pumpunmuang berkata, pihaknya turut mengeledah kediaman Xavier Andre Justo dan merampas sebuah komputer dan beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.


Katanya,Xavier Justo merupakan eksekutif  PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand.

"PetroSaudi telah membayar Xavier Justo sebanyak US4.14 juta (RM14.59juta) selepas mendapati beliau melanggar peraturan dan syarat syarikat itu.

"Dua setahun selepas dipecat daripada PetroSaudi, Xavier Justo dikatakan cuba memeras ugut syarikat yang berpengkalan di Arab Saudi sebanyak US 2.66 juta (RM10 juta) dengan mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicuri dari syarikat itu sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi," katanya.

Berikutan daripada cubaan peras ugut itu beberapa e-mail dan dokumen telah disiarkan oleh Sarawak Report hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. PetroSaudi menjadi terkenal di negara ini berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat pelaburan Strategik Negara 1MDB.


Laporan ini telah tersiar luas di media arus perdana dan juga di portal-portal pro-pembankang di Malaysia.

MACAM KILAT MAHATHIR BUAT KOMEN

Dr.Mahathir Mohamad zaman gemilangan mu
dah pun lama berakhir.
Ekoran tersiarnya berita berhubng dengan tindakan tegas oleh polis Thailand  terhadap Xavier Justo itu dan sekaligus telah mendapat liputan luas seluruh media tempatan dan antara bangsa? 

Orang yang paling tangkas membuat komen negatif berhubung dengan tindakan polis Thailand itu ialah Dr.Mahathir Mohamad,hanya bekas PM Malaysia melalui portal pro-pembangkang Malaysiakini.

Katanya,penangkapan pengarah  PetroSaudi International Ltd di Thailand itu sagat mencurigakan yang menurutnya seperti satu konsprirasi peringkat tinggi..

Mahathir berkata beliau tidak nampak mengapa seorang pelancung ke Thailand perlu ditankap kerana jenayah yang didakwa dilakukan di Arab Saudi tanpa sebarang permintaan ekstradisi dari kerajaan itu.


Mungkin kerana dia seorang pengganas,itulah sebabnya dia ditangkap di Thailand. Jika dia hanya mencuri rahsia syarikat dia tak perlu ditangkap.

"Orang ini datang ke Thailand jelas sebagai pelancung melainkan Arab Saudi minta Thailand menangkapnya.Saya tidak nampak mengapa Thailand terus menankapnya," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur.

DATUK MOHD SALLEH KERUAK SPEAKER (DUN ) SABAH CEPAT MENJAWAB.

Kalau Mahathir biasanya cepat menjawab segala hujah-hujah orang? Datuk Mohd Salleh Karuak,speaker  (DUN) negeri Sabah,mutakhir ini sering dilihat semacam tak mahu beri peluang langsung atau beri muka lagi pada Mahathir.

SEGALA hujah-hujah anak muda ini dilihat penuh dengan kebijaksanaan dan sarat dengan fakta-fakta yang sukar untuk di tolak oleh Mahathir segala hujjahnya itu.
Penulis kini sering membuat kerja untuk mendapatkan sikap anak-anak muda dan anggota Umno terpelajarhari demi hari? 

Komen-komen yang penulis dapat punggut. Kini dilihat semakin ramai anak-anak muda yang terpelajar dan anggota Umno di seluruh Malaysia, dilihat semacam sudah hilang hormat pada Mahathir yang banyak songilan itu dan songilannya iu pula tak tentu ujung dan tak tentu pangkalnya?
YAB Datuk Salleh Karuak,Speaker (DUN) Sabah merangkap 
Tim.Ketua Perhubuggna UMNO Sabah, mutakhir ini sangat 
cepat menyanggah hujjah-hujjah Mahathir yang dilihat olehnya 
semacam sangat songsang sekali?
Terutama pada krisis kemelut politik antara Najib dan Mahathir dalam isu 1MDB terang-terangan Mahathir dilihat telah begitu melampau sekali perangainya ketika membuat komen terhadap Najib yang jadi Presiden Umno.

Mahathir dilihat semacam merasa dirinya bukan lagi ahli Umno yang pernah jadi PM 22 tahun lamanya atas tiket parti Umno memerintah Malaysia. Jadi chief eksekutif negara Malaysia.

Mahathir dilihat secara semacam sengaja menjual segala rahsia pemerintahan kerajaan Umno/BN pada parti-parti pembangkang dengan sewenang-wenangnya secara percuma aje? Kenapa beliau jadi begini?

BOLEH MENJEJASKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK?

Menurut Datuk Salleh beliau sendiri merasa sangat hairan berhubung dengan komen Mahathir bahawa penangkapan polis Tahiland itu dan Mahathir sanggup berkata,bahawa penangkapan itu sangat mencurigakan lantas beliau berpersepi kononnya penangkapan  itu adalah konsprasi peringkat tinggi.

Satu hal yang bahaya pada Malaysia ialah kenapa Mahathir begitu lantang mengkritik tindakan polis Thailand menangkap Mr. Xavier Andre Justo dan kritik Mahathir ini boleh menjejaskan hubnugan diplomatik antara Thailand dan Malaysia.

Thailand katanya, adalah merupakan negara yang merdeka dan berdaulat.Justeru kita walau pun berjiran?Tidak boleh sama sekali sewenang-wenanag mengkritik dasar-dasar segala yang menjadi amalan mereka.  

Tindakan yang diambil oleh Thaland itu adalah urusan di dalam rumah tangga mereka sendiri.Orang luar sama sekali tak punya hak boleh masuk campur dan sesuka hati mengkritik
Thailand.

Ini merupakan soal dalam negeri mereka. Mereka punya undang-undangnya sendiri dan kita tidak boleh mempertikaikan kenapa mereka mengambil tindakan tersebut? Mahathir itu siapa? Begitu tega nak masuk campur urusan negara orang lain?

CONTOHNYA KES ANWAR IBRAHIM DULU.

Menurut YAB Datuk Salleh Karuak iaitu ketika Mahathir jadi PM  Malaysia dulu.Beliau telah tangkap Anwar Ibrahim.Negara jiran ada yang menuduh bahawa penangkapan terhadap Anwar itu semata-mata bermotive politik?

Kenapa ketika itu Mahathir pula cepat-cepat marah dan cepat-cepat bantah persepsi itu? Mahathir mudah lupa? Kini dia pula kritik polis Thailand sudah tangkap Xavier Justo? Kononnya ada konsprasi peringkat tinggi?

Tinggi yang macam mana? Tinggi macam hantu galah ke? Ada apa rahsia yang sebenarnya antara Mahathir dan Justo ini? Dan apakah ikatannya antara Mahathir dan Justo ini? Hingga membuatkan Mahathir dilihat begitu peduli dengan Justo itu?

PENULIS NAK TAHU DAN RAKYAT MALAYSIA PUN NAK TAHU?


Penulis dan Rakyat kini nak tahu apa sebenarnya hubungan Mahathir dan konco-konconya dilihat mati-matian nak membela Xavier Justo itu?

Nak kata rakan kongsi niaga mereka pun tidak.Nak kata saudara maranya pun tidak? Jauh sekali.Agaknya mesti ada rahsia yang tertentui antara Mahathir dengan Xavier Justo ini?

Pepatah Melayu ada berkata:"Kalau tidak berada-ada! Masakan burung tempua itu bersarang rendah? Tak fahamkah Mahahir dan konco-konconya apakkah maknanya pepatah ini?

Kini, polis Thailand sedanag melakukan siasatan yang serius. Selalunya benda-benda yang busuk itu pasti tidak dapat disembunyikan.Lambat laun ( sooner or later) pasti akan terbongkar juga bahu busuk bangkai-bangkai itu berada b ermula dari mana letaknya?

BERHUBUNG dengan komen-komen yang dibuat oleh A.Kadir Jasin dan Zainuddin Maiden (Zam) semalam, di dalam portal The Malaysia Insider, siaran semalam itu?Penulis rasa tak perlulah di ulas-ulas lagi? Membosankan aje.

Komen-komennya itu dilihat sama aje dengan  komen dan hujjah Mahathir? Malah lebih tawar lagi dari boosnya itu?(Posted by abnmulya  /hajia abu bakar ningal.blospot.com.at 1.11 am on June 29,2015.


No comments: