fbpx

Disyaki Miliki Syabu, Benjy Ditahan Kali Ketiga

Pelakon Benji atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dicekup buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu. Pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

BACA: Elak Gambar Dirakam, Benjy Kasari Jurugambar Di Mahkamah

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu manakala pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angin di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama. (rtky/syfq)