CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1994|Reply: 1

Honda Civic Gen Ke-10 Terima Enjin Turbo Bersaiz Kecil

[Copy link]
Post time 16-3-2015 09:56 AM | Show all posts |Read mode



Generasi ke-10 Honda Civic dijangkakan bakal datang dengan enjin petrol turbocharged bersaiz kecil bagi meningkatkan kadar penjimatan bahan api kereta tersebut.
Mengikut Yoshiharu Yamamoto, Ketua Penyelidikan & Pembangunan Honda Motor Corporation, penggunaan enjin turbo mampu membantu syarikat tersebut untuk memenuhi kawalan gas pelepasan yang ditetapkan dan juga pada masa yang sama memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menarik kepada pemilik Honda Civic.
“Enjin turbo bersaiz kecil akan menjadi asas, walaupun untuk Honda Civic,” kata Yamamoto.
Honda Civic generasi terbaru dijangkakan akan mendapat enjin 1.5-liter turbocharged 4-silinder dan juga kemungkinan varian tanpa turbo. Ini bagi menggantikan enjin 1.8-liter dan 2.0-liter 4-silinder yang digunakan pada model Honda Civic semasa.
Enjin turbo bersaiz kecil ini dijangkakan mampu memberikan prestasi yang berdaya saing dengan enjin bersaiz besar seperti 2.0-liter dan 2.4-liter NA. Walaupun prestasi yang sama dianggarkan, pilihan enjin turbo bersaiz kecil mampu menjana tork yang lebih baik dan juga penjimatan minyak yang lebih efisyen.
Pendekatan yang diterapkan oleh Honda ini sejajar dengan teknologi semasa yang lebih menggunakan pendekatan enjin bersaiz kecil dan turbo bagi meningkatkan penjimatan minyak dan juga kuasa output yang lebih dinamik.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 06:26 PM | Show all posts
Bila agaknya dapat masuk pasaran malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061060 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list